Saturday, April 16, 2011

KeNangan di PaNgKoR...HaPpY HoliDaY..:)

kenangan bersama rakan- rakan seperjuangan di Pangkor...setelah penat mentelaah pelajaran pada satu semester, kami semua mengambil kata sepakat untuk bercuti n merehatkan fikiran n mencuci mata kat Pangkor..sungguh happy time ni..so, kawan2..jom kte semua prgi Pangkor..sy nk ikut lg...heheheh:)

KeM JejaK GeMiLanG SMK Dato ZuLkiFli MuHamaD

bersama para pelajar dan guru- guru serta fasilitator yang terlibat dalam Kem Jejak Gemilang

inilah kami....caunselor to be...:)

dalam perjalanan pulang..kreta kawan rosak sikit..so..kteorng tunggu kt stesen minyak Shell..sempat lagi buat joking...

aktiviti bersama pelajar..Jambatan Goyang- goyang....

pengarah program...sedang berfikir akan slot seterusnya...chaiyokk

pozing fasilitator perempuan..teha, pijah n nana...

3 HaRi 2 MaLam kt Sek. Keb. Kg. KeNaNg...Sg Siput..

Barisan Fasilitator Sekretariat Rukun Negara dan Counselor To Be...

Pozing d hadapan Banner bersama rakan2 Caunselor To Be

Pagi sabtu yang indah bersama semua pelajar, ibubapa dan guru- guru Sk Kg Kenang dalam aktiviti Sukaneka..

muka- muka keletihan setelah siap menjalankan modul kepada pelajar...

semasa aktiviti Si Buta Ku Sayang...

seharian penat, akhirnya kami dapat membeli makanan di satu2nya kedai yang ada dikampung ini..best sgt,,makan sambil melihat pemandangan indah dan menghirup udara segar...

inilah tabiat aku yang xboleh dibuang..suka makan durian xkira tempat..malu makan, perut lapar..so,,baik aq makan..hahaha...




Sunday, February 13, 2011

nAsiHat Nabi s.a.w KePada Ali r.a...


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

MuTiAra KaTa KeLuaRgA bAhaGiA...

  • Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
  • Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
  • Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
  • Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
  • Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
  • Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
  • Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
  • Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
  • Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
  • Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
  • Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
  • Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
  • Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
  • Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
  • Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
  • Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
  • Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
  • Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
  • Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
  • Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
  • Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
  • Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
  • Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
  • Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
  • Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
  • Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
  • Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.


“DaRi mAta tUrUn ke Hati……….”

Memang tidak dinafikan ungkapan ini sering kita dengar, tapi sejauhmana kebenarannya……

Persoalan demi persoalan akan timbul….tanyalah pada hati masing-masing….

Memang fitrah manusia suka melihat akan kecantikan, tetapi kecantikan yang di luar hanya sementara sahaja dan kecantikan yang lahir dari hati itulah yang akan berkekalan..InsyAllah…
Mungkin ada sesetengah pendapat mengatakan :

“ cinta pandang pertama” itulah yang akan melahir perasaan cinta dan sayang, dan akhirnya  menjerumus kepada perkara-perkara yang tidak diingini, yang lebih bertindak mengikut nafsu dan emosi.

“cinta bukan pandang pertama” pulak agak “complicated”, kerana ia berperang dengan perasaan dan hati. Kadang-kadang ia menjadi agak payah untuk diungkapkan dan lebih berhati-hati untuk bertindak kerana ia mengikut akal dan hati.

Contohnya:
Kita pergi membeli-belah, kita tertarik pada “handbag” yang “display” itu, dan asik melihatnya…tindakan yang akan kita buat adalah mengikut nafsu dan emosi. Kita lebih tertarik pada luaran “handbag” itu bukan pada kualitinya.

Manakala, jika kita menggunakan akal dan hati, kita lebih dahulu membelek-belek “handbag” tersebut dan bertanya pada diri..”adakah ia satu keperluan ku??” Maka, kita lebih berhati-hati dalam membuat pilihan. Bukan terlalu memilih tapi lebih berjaga-jaga dalam tindakan.

Jadi tanya pada hati & emosi kita…mana yang lebih utama??? Ikutkan emosi binasa, ikut hati….suka hati lalalala….hehehhe….

BoRing!!!! BoSaN !!!

Mungkin ada suara-suara yang mengungkapkan : " Boring la hidup ni!". Kalimah "bosan" ini biasanya akan dilontarkan jauh-jauh dari kamus hidup kita, dengan harapan ia akan berubah ke arah yang lebih bermatlamat.
Hakikatnya, itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seseorang lelaki yang berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin( khalifah). Ingatlah firman Allah S.W.T yang bermaksud: " Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (surah al Dhariyat 51:56)

Allah berfirman yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: " seseungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (surah al Baqarah 2:30)

Dua misi inilah yang akan menbuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tiada masa untuk bergelumung dengan maksiat.