Sunday, February 13, 2011

nAsiHat Nabi s.a.w KePada Ali r.a...


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

MuTiAra KaTa KeLuaRgA bAhaGiA...

  • Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
  • Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
  • Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
  • Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
  • Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
  • Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.
  • Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
  • Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
  • Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.
  • Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.
  • Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
  • Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
  • Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
  • Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.
  • Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
  • Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.
  • Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
  • Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusannya.
  • Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
  • Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.
  • Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga, keturunan, dan masyarakat adalah keindahan akhlak kita.
  • Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
  • Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.
  • Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka
  • Jika Allah cinta kepada sebuah keluarga, maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.
  • Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.
  • Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.


“DaRi mAta tUrUn ke Hati……….”

Memang tidak dinafikan ungkapan ini sering kita dengar, tapi sejauhmana kebenarannya……

Persoalan demi persoalan akan timbul….tanyalah pada hati masing-masing….

Memang fitrah manusia suka melihat akan kecantikan, tetapi kecantikan yang di luar hanya sementara sahaja dan kecantikan yang lahir dari hati itulah yang akan berkekalan..InsyAllah…
Mungkin ada sesetengah pendapat mengatakan :

“ cinta pandang pertama” itulah yang akan melahir perasaan cinta dan sayang, dan akhirnya  menjerumus kepada perkara-perkara yang tidak diingini, yang lebih bertindak mengikut nafsu dan emosi.

“cinta bukan pandang pertama” pulak agak “complicated”, kerana ia berperang dengan perasaan dan hati. Kadang-kadang ia menjadi agak payah untuk diungkapkan dan lebih berhati-hati untuk bertindak kerana ia mengikut akal dan hati.

Contohnya:
Kita pergi membeli-belah, kita tertarik pada “handbag” yang “display” itu, dan asik melihatnya…tindakan yang akan kita buat adalah mengikut nafsu dan emosi. Kita lebih tertarik pada luaran “handbag” itu bukan pada kualitinya.

Manakala, jika kita menggunakan akal dan hati, kita lebih dahulu membelek-belek “handbag” tersebut dan bertanya pada diri..”adakah ia satu keperluan ku??” Maka, kita lebih berhati-hati dalam membuat pilihan. Bukan terlalu memilih tapi lebih berjaga-jaga dalam tindakan.

Jadi tanya pada hati & emosi kita…mana yang lebih utama??? Ikutkan emosi binasa, ikut hati….suka hati lalalala….hehehhe….

BoRing!!!! BoSaN !!!

Mungkin ada suara-suara yang mengungkapkan : " Boring la hidup ni!". Kalimah "bosan" ini biasanya akan dilontarkan jauh-jauh dari kamus hidup kita, dengan harapan ia akan berubah ke arah yang lebih bermatlamat.
Hakikatnya, itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seseorang lelaki yang berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin( khalifah). Ingatlah firman Allah S.W.T yang bermaksud: " Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (surah al Dhariyat 51:56)

Allah berfirman yang bermaksud : "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: " seseungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (surah al Baqarah 2:30)

Dua misi inilah yang akan menbuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tiada masa untuk bergelumung dengan maksiat.


JoM MasUk U!...


Hampir terlupa pula saya untuk mempromosikan Karnival Pengajian Tinngi Negara (KPTN) iaitu Jom Masuk U 2011. Jom Masuk U telah dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memberi tunjuk ajar kepada para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang melanjutkan pelajaran ke IPT di Malaysia.

Program Jom Masuk U ini merupakan program tahunan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2005. Program ini juga menyediakan maklumat akreditasi dan pembiayaan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, pelajar lepasan asasi, diploma, sijil dan diploma kemahiran.

Karnival Jom Masuk U 2011 ini disertai oleh 20 IPTA, 100 IPT swasta yang terpilih, agensi di bawah kementerian, Kementerian Pelajaran, yayasan negeri, agensi pembiayaan pendidikan termasuk Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan MARA.
Pada Karnival Jom Masuk U 2011 ini akan memberi peluang kepada pengunjung untuk mengemukakan sebarang pertanyaan kepada wakil universiti dan kolej bagi memastikan pemohon membuat pilihan tepat mengenai program pengajian yang bakal diikuti. Disasarkan lebih 300,000 pengunjung akan hadir ke Karnival Jom Masuk U 2011 di 11 lokasi bebanding 10 lokasi pada tahun lepas. 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Karnival Jom Masuk U 2011 ini sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Aras 1, Blok E9, Parcel E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya atau di talian 03-8883 5801/5802 dan Faks di 03-8889 4260 serta emel di upu[at]mohe.gov.my

Friday, February 11, 2011

eXpLoRaCe KeRjAyA...Sk TaNjuNg MaLim..

Program Explorace Kerjaya telah selamat dijayakan selama 3hari di Sk Tanjung Malim. Sasaran kami adalah pelajar darjah 6 yang telah pun habis menjalani peperiksaan UPSR. Program ini merupakan salah satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Dr. Noraini Ismail yang mengajar kami subjek Kaunseling Kerjaya..banyak pengalaman yang kami perolehi dalam mengendalikan program ini...terima kasih untuk semua yang menjayakan program ini...:)

Di bawah ini ada beberapa kenangan yang saya simpan untuk tatapan umum... 
Senamrobik yang dikendalikan oleh Kak Sha...buat..jangan xbuat ye dik...hehehe....:)


seronok adik- adik kita ni dalam menjayakan aktiviti Kapal Karam...bagusss...ia dapat mengeratkan hubungan adik- adik dengan rakan- rakan serta dapat menjalin kasih sayang..apa yang penting!...KERJASAMA!!!

percaya x dengan apa yang anda lihat? sebatang  paku boleh mendirikan 10 batang paku yang lain..ia memerlukan satu ketekenun, ketelitian dan kesepakatan dalam menyiapkan hasil ini...selamat mencuba yer...:)
fasilitator berehat sambil menikmati hidangan yang disediakan..terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah..kami amat berbangga dengan komitmen yang diberikan..salah silap harp dimaafkan..kami budak baru belajar...:)

Wednesday, February 9, 2011

tImE KeLaNa...Heeee..

                                          on the way nak masuk dewan...hehehe..

pagi yang ceria walaupun semalam dapat tidur hanya 4jam sahaja gara- gara membuat gadjet...penat..tapi best..kami enjoy..mandi hanya sekali sahaja dalam sehari,itu pun pada jam 4pagi..xpernah dibuat orang kan..tapi inilah yang dibuat oleh geng patrol 14....sayang kamu semuaaaa....


banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda semua mengenai dunia pengakap...banyak faedah anda memasuki persatuan ini..banyak ilmu yang anda akan perolehi..ilmu memasak nasi di dalam buluh, ilmu membuat khemah di atas pokok, ilmu pertolongan cemas semasa di dalam hutan, ilmu membuat gadjet- gadjet, ilmu ikatan tali dan fungsi setiap jenis ikatan tali tersebut dan banyak lagi...percayalah...dengan ilmu yang anda perolehi ini akan membantu anda untuk survive kehidupan anda walau di mana anda berada...


di bawah ini saya sertakan beberapa foto selama saya dengan dunia pengakap...best sangat...tengok ea...

merah membara semangat waja...itulah lambang kekuatan patrol 14

tengah menyiapkan masakan tengahari untuk patrol 14...sorang dok goreng mee, sorang dk kupas bawang..sorang lagi2 pemantau...hehehee..

sebelum istiadat bendera...sempat lagi pozing bersama pembantu jurulatih kami...

hasil luahan idea antara ahli- ahli patrol 14...ada Fadzli, Kecik, Faiz, Linda, Sha, Teha, Sayer and Shina..Apit n Lada pergi mana entah...missing..hehehe

time suka- suka selepas siap berkemas untuk berangkat pulang.....hehehehe....

cuba tengok baju oren2..itulah Apit..ketua buat lawak dalam patrol kami...xada dia sunyi, ada dia terlebih sudah...hehehehe...cayoikk!!





AnDa bUkAn GaGAL...tEtAPI bELuM bErJaYa

Pernahkah sahabat menghadapi kegagalan. Gagal ketika exam, gagal dalam menganjurkan sebuah program ataupun dalam perkara yang lain. Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yang diambil daripada sebuah buku karya Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr.Fadzli Yusof iaitu 55 petua orang yang berjaya.

Saya tertarik dengan petua pertama yang ditulis dalam buku itu iaitu anda bukannya gagal tetapi belum berjaya.Sahabat-sahabat saya yang disayangi, kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya. Apa gunanya hidup tanpa ujian?

Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik. Tidak perlulah saudara bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan anda seorang sahaja yang ditempuhi dengan kegagalan, ramai lagi yang sama kes macam anda walaupun orang yang terkenal.
Cuba kita lihat seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders. Siapa tidak kenal dengan beliau.Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya. Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri. Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau. Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau. Sembilan tahun kemudian, beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC. Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.
Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu. Saudara kena ingat bahawa Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bemaksud:

“Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan.(Sekali lagi ditegaskan)bahawa bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan”.

Berpeganglah kepada ayat ini kerana ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi kesukaran dalam mengerakkan dakwah Islamiah terhadap umat Baginda sendiri walaupun ditindas dengan para Musyrikin Mekah pada masa itu tetapi akhirnya berjaya menegakkan Islam di seluruh dunia dengan usaha serta pertolongan daripada Allah S.W.T. Tambahan pula, sahabat juga kena yakin bahawa Allah akan membantu diri anda tidak kira masa atau tempat sekiranya kita mengingati-Nya selalu. Berdoalah dan usahalah saudara sekalian agar capai kejayaan kerana Allah tidak akan bagi kejayaan itu sekiranya tanpa usaha walaupun mengeluarkan tangisan berdarah ketika berdoa kepada-Nya.

Akhir kata daripada saya, moga apa yang ditaip ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri. Apa gunanya saya menaip tips ini kalau saya juga tidak buat.Allah juga berfirman dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya”.
Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

Sunday, February 6, 2011

FriEnDsHip, UnItY & sUcCeSsFuL

Counselarization.....

Luv U Exstrovert....
Hasilnya....
Bolehkah selembut penyedut minuman menembusi sebiji kentang??? Percayakah anda dengan kata- kata saya ini..tetapi..percaya atau tidak, itulah hasil yang kami perolehi..walaupun saya hanya berjaya menembusi ubi kentang itu dengan 9 penyedut minuman sahaja, tapi perasaan saya ketika itu sukar untuk digambarkan. saya begitu gembira pada first time penyedut minuman saya berjaya menembusi ubi tersebut..setelah itu, saya terus mencuba dan mencuba sehingga berjaya menembusi ubi itu dengan 9 batang penyedut minuman..saya turut terpegun kerana ada rakan exstrovert yang berjaya di mana ada yang berjaya menembusi ubi kentang itu dengan  15, 19 dan 20 penyedut minuman..tahniah warga Exstrovert!

Semangat, ketelitian dan ketekunan boleh membuahkan hasil yang berada jauh di luar kotak pemikiran kita!!!
pengasas modul..Dr. Aziz Shah Mohd Arip...


hari pertama...masing- masing mempunyai kata- kata semangat..aq mahu, aq boleh, aq berjaya!!!

merehatkan diri.....




Who Are You?.....benar- benar menguji kekuatan mental dan emosi ahli..bayangkan anda dikehendaki menegakkan apa yang anda cakap sedangkan orang disekeliling anda 'push' anda dengan pelbagai cara...huhhhh...dasyat..!!

sesuatu yang mustahi...tapi kita boleh laksanakannya dengan sebaik mungkin!!!...mahu mencubanya..?..ikuti langkah ini....1) bayangkan diri anda ringan seperti kapas..2) bayangkan telur keras seperti keluli..3) ulang perkataan ini  beberapa kali sehingga anda yakin.... selamat mencuba... 


Human Block...meluahkan apa yang anda inginkan dalam hidup ini dan berharap block- block dihadapan anda memberi laluan kepada anda serta mengizinkan anda melepasinya.....


Kembara 7...mengaitkan kita dengan ilmu alam..langit kita ada 7 lapisan, pelangi ada 7 warna, rupa siras dengan rupa kita ada 7 orang, neraka ada 7..



tali kasih sayang....

 
nymmmm...cedapnya...4 u all Extrovert...

pozing sebelum diikat...

kami tetap bangga dengan apa yang kami dapat..walaupun hasilnya jauh berbeza dengan kawan- kawan yang lain, tapi kami tetap berpuas hati...ia amat bermakna!!

bergambar sesedah selesai Program Caunselarization selama 3 hari 2 malam yang diadakan di makmal 7 dan sekitar kawasan kampus UPSI...kenangan terindah.....





rAhsIa CeMerLanG DaLAm PeRgaUlaN

Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah:

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.
2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.
6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.
9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.
10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.
11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

10 KuNci KeJayaAN Di DuNia dAn AkHiRaT

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.