Sunday, January 30, 2011

KiTa InSaN TeRpiLih...AyUh ReAlisAsikaNnYa!


Wahai diri,
Tahukah dikau bahawa penciptaan mu adalah begitu mulia di sisi Tuhanmu? FirmanNya dalam surah al -Tin bermaksud,
‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik- baik kejadian’ (Surah at-Tin:4)
Sungguh dan benar sekali, manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Dianugerahkan bagi mereka akal fikiran untuk mereka berfikir akan segala nikmat kebesaran Allah di muka bumi ini. Namun, sayang sekali jika nikmat ini tidak digunakan dengan sebaiknya. Banyak sekali manusia kini kian lupa dan leka malah ada sesetengahnya yang masih angkuh dan riak akan kehebatan diri sendiri sehinggakan mereka lupa bahawa masih ada Tuhan Yang Maha Berkuasa.
Wahai diri,
Mengertikah dikau tujuan sebenar dirimu diciptakan? ‘What is Your Purpose of Life? Soalan yang mungkin pernah di ajukan buat diri. Adakah cukup bagimu sekadar menjawab, ‘Oh, Aku ingin menjadi doctor; Oh, aku adalah seorang guru; Aku adalah seorang jurutera; Cita-citaku tinggi, ingin menjadi seorang angkasawan?’
Benar, semua ini adalah satu pekerjaan yang mulia, tetapi adakah cukup cita-cita mu terhenti di sini? Ingatlah, perjalananmu di dunia ini adalah sementara. Nun akhirat sanalah tempat yang kekal buatmu.
Dari Ibn Umar r.a: Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu berkata: Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olahnya engkau orang berdagang, atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara).’ Dan adalah Ibn Umar r.a berkata: Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka jangalah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau dari masa mati engkau [Hadis riwayat Bukhari].
Oleh itu, janganlah sesekali engkau leka wahai diri akan kesenangan dan keseronokan dunia ini. Bajailah dirimu dengan iman dan taqwa yang cukup untuk bekalan buat dirimu di akhirat kelak.
Ingatlah tujuan sebenar penciptaanmu di dunia ini adalah semata-mata untuk menjadi khalifah dan beribadat kepada Allah Yang Esa.
‘Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi ini.” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Al-Baqarah:30)
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku.” (At-Thur:56)
Justeru, berlumba-lumbalah wahai diri dalam melakukan kebaikkan dan suruhan agamamu serta mencari keredhaan dari TuhanMu. Istiqamahlah wahai diri dalam melaksanakan perintah Allah kepada mu. Jadikan Al-Quran dan sunnah yang di tinggalkan Rasulullah saw sebagai panduan dan rujukan dalam kehidupanmu. Sesungguhnya ketinggian seseorang itu adalah kerana imannya.

‘Allah akan mengangkat (darjat) orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat.’ (Al-Mujadilah:11)
Namun, janganlah pula engkau lupa pada saudara-saudaramu yang lain untuk turut sama-sama denganmu dalam jalan menuju kasih dan redha Allah. Sampaikanlah pada mereka amanah dari Tuhanmu dan serulah manusia-manusia di sisi mu dalam melakukan amar maaruf nahi mungkar.
‘Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “sesungguhnya, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?” (Al-Fusilat:33)
‘Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (karena kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.’ (Al-Imran:110)
Wahai diri,
Janganlah engkau biarkan saudaramu hanyut dalam kegelapan dunia? Dan sanggupkah kiranya engkau melihat saudaramu terus asyik dan leka dengan kejahilan dunia yang fana?
‘Atau seperti lautan dalam yang gelap gelita… Barangsiapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah, maka tiada baginya cahaya sedikit pun.’ (An-Nur:40)
Sudah tentu tidak bukan. Oleh itu diri, ayuh bangkitlah! Jadikanlah dirimu sebagai obor buat ummat ini, penyuluh cahaya di dalam kegelapan, penunjuk jalan daripada kesesatan kepada jalan menuju Allah swt. Sedarkah diri bahawa masih ramai insan-insan di luar sana yang memerlukan peringatan dan nasihat darimu untuk membimbing mereka keluar dari kejahilan ini?
Wahai diri,
Untuk melahirkan insan yang benar-benar faham dalam jalan ini bukanlah mudah. Dan untuk memikat hati-hati insan yang lain untuk sama-sama faham juga tidaklah mudah. Maka teruslah berjuang wahai diri demi menegakkan kembali syariat Allah di dunia ini. Tetap teguh lah diri di sepanjang perjalanan menyeru manusia kepada Tuhanmu.
Namun, janganlah sesekali engkau merasa sedih dan lemah tidak berdaya dalam jalan ini walaupun ujian datang bertubi-tubi. Bukankah janji Allah kepada orang beriman bahawa mereka pasti di uji? Kuatkanlah langkah mu dalam dakwah ini. Tepis lah segala halangan-halangan yang menyapa tanpa sesekali dikau menyerah dan menyalah. Dan jadikanlah ayat-ayat cinta dari Tuhanmu dan para rasulmu sebagai pengubat segala duka. Sebagai benteng kekuatan buat dirimu untuk terus kekal dalam jalan ini.
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.’ (Ali-Imran:139)
Wahai diri,
Ayuh!! Bangkitlah melangkah dan terus kehadapan dalam jalan ini. Sesungguhnya destinasi kita masih jauh. Matlamat dakwah ini sungguh besar. Dan cita-cita yang besar hanya mampu di capai dengan pengorbanan dan kesungguhan yang besar. Untuk itu diri, janganlah dikau biarkan hayalan dunia ini menghentikan langkah mu. Sememangnya jalan ini adalah sukar dan berliku serta pengakhiran yang belum bisa kelihatan. Namun wahai diri, yakinilah akan janji Tuhanmu.

Friday, January 28, 2011

KaTa-kaTa HiKmAh

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.


Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

 Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus


Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle


Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson